Pulihkan prestasi DPF dan kurangkan pelepasan diesel.
Manfaat utama
Pulihkan penapis zarah diesel anda
KM+ Advanced Nano DPF Cleaner membersih dan memulihkan fungsi DPF dengan cara yang mudah dan menjimatkan. Pembersihan boleh dibuat oleh mana-mana bengkel terlatih dalam masa sejam.
Tak pasti produk ini sesuai untuk kereta anda?
WhatsApp model kereta anda dan apa yang anda mahu perbaiki. Kami akan beritahu dengan jujur sama ada produk ini sesuai.
Cara guna
Untuk bengkel terlatih
Soalan lazim
Soalan lazim
Apa yang dibersihkan oleh DPF Cleaner?
Jelaga, zarah dan kotoran dalam DPF (penapis zarah diesel) dan DOC yang terhasil daripada pembakaran diesel.
Siapa boleh membuat pembersihan?
Mana-mana bengkel terlatih.
Berapa lama masa diperlukan?
Proses pembersihan boleh siap dalam masa sejam. Untuk hasil lebih baik, pembersih boleh dibiarkan rendam semalaman.
Berapa lama pembersih perlu direndam?
15 hingga 20 minit selepas suntikan pertama. Selepas suntikan kedua, semalaman memberi hasil lebih baik, atau sekurang-kurangnya 20 minit jika masa terhad.
Adakah akan keluar asap putih?
Ya. Enjin dinaikkan ke 2,000 hingga 2,500 rpm sehingga asap berhenti. Untuk mengelakkan asap putih berpanjangan, sembur 400ml air ke dalam DPF, hidupkan enjin dan naikkan ke 2,000 hingga 2,500 rpm sehingga jelas.
Apa manfaatnya?
Ia membersih dan memulihkan fungsi DPF, mengembalikan kuasa enjin, mengurangkan pelepasan toksik, mengurangkan kos penyelenggaraan dan memanjangkan hayat enjin.

